Sunday, December 4, 2011

And Finally...

assalamualaikum

hi people. sihat hari ni? sorry for the late posting seperti yang dijanjikan (macam ada yang kisah. haha) ada banyak halangan untukku meneruskan niat mem-post di blog kesayangan ini.

SPM is over already..for me (on 30th nov). yaaayy =.= sounds cool right? masih ada kawan-kawan yang tak habis exam lagi. wish you all the best guysss! :D

but actually it's not that cool to me. yeah, not really cool. kenapa? sebab gigi bongsu buat hal. kayy fine kau bongsu cari pasal haa haha. sakit sangat sampai demam. orang kata sakit gigi sakit ketiga selepas sakit mati dan lahirkan anak. yeahh so true especially masa jawab paper SPM. untunglaaaa, ingat senang ke nak sakit masa SPM. okayy untung sangat =.=

actually start sakit tu masa paper Chemistry iaitu dua hari terakhir untuk habiskan SPM. sakit tu memang teramat la. tapi paling parah masa jawab next paper, BIOLOGY. BIO kut weyy. time ni la demam menunjukkan 'taringnya' =.= seriously memang tak dapat tumpu. before pergi sekolah makan ubat segala ubat yang diperlukan termasuk la ubat selesema tapi ini yang tak mengantuk punya. tapi malangnya, aku tetap mengantuk juga masa jawab paper Bio :'( it's BIO okayy. ntah la kenapa ubat tu tak memberi kesan. memang ujian betul Tuhan kasi ni. jawab paper pun tak dapat concentrate. kecewa sangat :'( i don't know how will be the result. i did my best and hopefully graph turun. huhu amiiin.

selepas paper last iaitu Biology Paper 3 semua buat muka happy. of course la happy tak payah buka buku budak sekolah dah haha. i'm happy too but not that happy because not satisfied dengan apa yang aku jawab untuk paper Bio and Chemi. tolong la faham perasaan ni :'(

apa-apa pun demam kena tahan lagi sebab malam tu ada class party kat Excelsior Hotel, Ipoh. kena datang juga sebab dah bayar mahal-mahal kan and itu mungkin perjumpaan terakhir kitorang, 5 Azalea :) sedap kan nama kelas titeww kihkihkih. kay bajet gedik

Photobucket
semasa class partayyyy


disebabkan dah dua hari berturut-turut tahan And Finally (seperti pada tajuk) demam sepenuhnya on the next day. yes, on 1st Dec 2011 disaat budak-budak Facebook welcoming December. ehh, perlu ke? haha. pada hari itu selepas tidur, tidur. selepas tidur, tidur. itu la kerja aku. habis semua planning selepas SPM for the first day after SPM bye bye macamtu je. kesian kan? yelaaah tak kesian tak apa. ni la kawan kaaan

Photobucket


and that's why la tak dapat nak update blog terus. niat nak tengok Breaking Dawn Pt. 1 pun terpaksa ditunda. so perancangan selepas SPM banyaaak. salah satu nak cantikkan blog ni haha.

and now, i have a new BEST FRIEND. apa? boyfriend? no no no. it's actually my GUITAR, :) i got this guitar on my 17th birthday yayy. thanks to my sister, kak Mira :D muahh muahh

okay la, i want to start playing my guitar. nanti titeww dah terer titeww share yew hikhik. okay so annoying haha

kbye!

Thursday, November 10, 2011

Apakah Persediaan Anda Sebelum Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ?

Photobucket


:DD


pagi tadi selepas recess baru dapat slip SPM. wahh nak SPM dah wey. its Thursday already. SPM is next Monday till 30th Nov :) Please do pray for me! and im so sorry if i did wrong to you. kita berdamai okay? hihi :) and and Good Luck also to youuuuuu SPM candidates! marilah kitaa brsama2 berjuang!

and to him, Good Luck too. uat yg trbaik! i know you can do it! hope awk blh capai cita2 awk nk jd engineer. jgn lupa doakan sy jgk :)

okayy tetibaa je hahaha. okay la. i will spend this short time for study. this is the last entry before the first day of the exam! see you on 1st Dec! insyaAllah :)

wassalam.

Sunday, November 6, 2011

SPM!

assalamualaikum and hello people!

long time no see right? heee :D

sorry sbb dah lama mendiamkan diri. study lah katakan. hahaha lah sangat :P okayy this is just my short post. dah lama sangat tak post. memang tak aci kan? haha tak apa, lepas SPM nanti kita blog hari hari okay? hihi

Photobucket


SPM is just around the corner. about 7 days from now. Please please pray for my success, and others too! :D

okay see you when i see you :)

wasalam

Saturday, August 20, 2011

SHAWL SHAWL SHAWL

assalamualaikum!

hi people! sihat hari ni? puasa tak? hehe

okayy hari ni rasa macam nak cakap pasal SHAWL. abang abang yang tak tau apa itu
SHAWL, please lah google. tengokkk uncle google pun tau SHAWL tu apa. hahahaa

btw encik lelaki, sebelum korang tekan exit disebabkan ini entry kawasan wanita sahaja, nak tau jugak kan, dengar cerita kaum korang ni tak suka perempuan lilit lilit ni (shawl) eh? tak peeee tak peeee, kalau kome lelaki melayu tak suka, kitorang cari pak arab/mat saleh. muahahaha

*finee tiba tiba teringat kat DJ kat GM haritu (lelaki) salah sebut PASHMINA. ngehehe

dah cakap pasal shawl ni, nak cakap jugak la pasal sejarah saya dan shawl ni. haha
okayy dulu tak pakai la shawl shawl ni. apa barang kan, DULU. haha. ni kakak kakak aku punya pasal lah. derang dok beria pakai shawl. saya yang sebagai adik ni pun, terpengaruh lah. hehe

so, sebagai permulaanya dulu pakai shawl biasa je. well sekarang kan dah banyak trend.

SIMPLE SHAWL

Photobucket
credit to FadzBlogShop


shawl ni adalah shawl basic ye kawan kawan. kebanyakan dulu masa shawl nak naik tu ramai yang pakai shawl macam ni. tapi aku tak, aku mula mula pakai tu dah pakai corak corak. biasa la, advance. ngahahaha. kfineee. tapi seyes first shawl aku pakai bukan plain shawl sebabnya bagi aku shawl tu jarang yang boleh menampakkan tengkuk dan juga anak tudung especially shawl warna putih lah.

PASHMINA SHAWL

Photobucket
credit to VintageCulture


pashmina original ni biasanya corak dia macam kat atas ni. ye, =.= teringat dulu adik aku (lelaki) nampak pashmina macam ni berlipat kat atas meja. pastu dia cakap, "ehh lawanya alas meja nii" pastu elok pulak dia pi letak pashmina tu buat alas meja tu. *pangpanggpangggg*

aku suka pashmina sebab first, kebanyakan dia besar and boleh suka hati nak lilit macam mana. pashmina juga ada banyak design yang lawa lawaa :D tapi yang tak best tu dia agak panas lah. korang perasan tak ramai yang guna pashmina ni sebagai scarf? jangan ingat Muslims je pakai pashmina. haha. well sebab tu dia panas, sebab ia dicipta untuk memanaskan badan kita. haha. tapi tak pe, nanti ai pindah London ke, Russia ke kan, hari hari ai pakai pashmina. hehe. berangan lagi. btw, sekarang banyak tuto cara pakai pashmina. korang tengok lah sendiri ye. sangat gojes okayy hehe

SATIN SHAWL

Photobucket
credit to ShawlMall


sukaaaaaaaa tengok orang pakai shawl ni. hahaha. kalau tengok shawl satin ni, mesti teringat YUNA & HANA TAJIMA :)

Photobucket
credit to shawlshawlshawl


actually, tak pernah lagi try pakai shawl satin. takut susah nak jaga and kalau pakai shawl ni, kena pandai menggayakannya itu puuunn (bajet ah chai lah kan. haha) tapi seyes cantik woh kalau pakai shawl ni. nampak gojes gitu. macam YUNA :) YUNA ni pakai tudung biasa pun cantik. kan? kan? :D tapi kawan kawan ku yang cun melecun, kalau korang nak pakai satin, pakai lah dengan betul tau. cekidaut banyak banyak tuto kat utube tu ehh youtube. hehe

COTTON SHAWL

Photobucket
credit to SuperGirl


cotton shawl ni dah pernah pakai :) best pakai sebab sejuk and simple. bila kita dah lilit tu nampak susah tapi sebenarnya, "easy in the world" kata cikgu addmaths kitorang. hahaa

PASHMINA COTTON SHAWL

Photobucket
credit to AllProducts


pashmina ke cotton? hahaha. sebenarnya shawl ni setengah pashmina, setengah cotton. shawl ni besar macam pashmina and design dia banyak macam pashmina lah. ianya juga adalah cotton sebab kain dia lembut tapi keras sikit dari shawl cotton betul betul tu. to me, shawl ni panas pun tak ada lah sangat. korang boleh gayakan macam pakai pashmina. and pattern pattern yang ada sekarang amat cun melecun! macam ini;

Photobucket
credit to TeensFlavour
kak, nak yang kat "patung" tu. hehehehe



GYPSY SHAWL

Photobucket
credit to CitraCollection


shawl ni aku tak pernah ada lagi tapi nampak macam best je sebab bila pakai, sangat simple! seyes dulu tak suka shawl ni sebab ada pemberat tu, especially yang ada beads tu. sorry to say but to me nampak cheap. aku tak kisah beli barang murah, asalkan cantik and nampak mahal (dah, nak beli yang mahal tak mampu kan?) :) tapi sekarang macam dah okay siket kut sebab yang "pemberat" tu sekarang banyak yang comel and sweet la jugak kan (especially shawl warna pink tua auuwww <3 :P).berbanding dulu, design merapu raban. and jenis kain shawl ni cotton. shawl ni jugak pendek, korang kena pandai lah balance kan so that nanti tak ada la nampak belakang ke, tengkuk ke kan. so korang boleh usha tuto dia dekat sini :) so. anyone nak hadiahkan? :P

NET SHAWL

Photobucket
credit to BorongShawls


dalam banyak banyak shawl, shawl ini lah yang paling tidak ku gemari. sebab apa eh? mungkin sebab malas nak pakai inner neck kut. HAHA. tapi memang tak minat shawl ni. and tak banyak pilihan corak yang cantik cantik. korang ada link nak tunjuk ada spesis shawl ni yang cantik? tak nak yang dah biasa tengok tuuu. kalau ada, share la ye :D

---

actually banyak lagi jenis shawl ni. mungkin tak sampai Malaysia lagi? hahaa nanti ntah apa lagi style pakai shawl kat Malaysia ni kan.

btw, lepas SPM nanti berhajat jugak nak buat business online. jual SHAWL yang cun cun and accessories. beli shawl ori dari Egypt sebab kakak aku sorang study kat sana, boleh belikan. cantik jugak shawl kat sana. boleh dapat murah. alahh pandai pandai ah kakak aku kautim dengan pak arab tu. hahaha. so, anyone yang nak join? :D


psst pssst: korang, betul ke ramai lelaki tak suka perempuan lilit lilit ni? kalau betul, korang nak lagi tak pakai shawl? hehe

Sunday, July 24, 2011

oh myyy

assalamualaikum!

hi people! how are you todaaaay? (ckp ala ala british gitu. hikhik)

its JULY already!! oh my God! trial SPM is coming very veryyy soon. just about a week after raya T.T i wanna balik kampung! i wanna balik Kelantan :'( missing we, ayah we already :'( mesti derang dah uat solat hajat untuk saya kan? macam masa nak PMR dulu, dalam saya tak sedar, atok nenek saya panggil orang masjid datang rumah derang untuk solat hajat untuk cucu cucu dia :') seriously, seminggu selepas baru ummi bagitau.

nak balik Kelantan :'( tapi ummi tak kasi sebab trial dah dekat sangat dengan raya. huuu sedihnya. kat ipoh ni ada sape? kawan kawan ummi ayah ade la. itu pun kalau derang tak balik kampung jugak. sedih..sedihhhh :'(

and yang bertambah sedih tu sebab duit raya! haha $.$ kalau tak balik, tak ada la duit raya :') dah lama tak balik. rasanya dalam tahun ni, baru sekali dua balik Kelantan. alaaa, nak balik. nak jumpa sedara mara, nak duit rayaaa :(




what a year! -.-

Monday, July 11, 2011

demam PLKN



assalamualaikum

hye guys. sihat hari ini?

satu Malaysia dah tahu budak lepasan SPM yang terpilih kena masuk PLKN wajib sertai. kalau tak, tindakan akan dikenakan. yeah. so semalam dah start keluar result. semua berpusu pusu memenuhi laman web PLKN.

dipendekkan cerita, semalam memang full lah dinding dinding di facebook itu penuh dengan luahan perasaan kawan kawan saya. ada yang suka. ada yang yang tak suka. tapi paling ramai yang BENGANG! sebab apa? sebab nak tunggu website PLKN loading macam nak tunggu siput berjalan yang tak sampai sampai. ehh, siput berjalan ke? haha

saya pun tidak terkecuali senasib dengan mereka. kena tunggu lama. finally dah penat sangat, dah ngantuk sangat time tu dah pukul 1 pagi. sms je. pastu terus tidur. puas hati! haha. pagi pagi bangun dengan penuh debaran, check handphone kesayangan saya itu. well yeah. perkataan pertama yang saya baca ialah "MAAF". so korang boleh agak la kan? hehe

perasaan tak tahu nak bagitau macam mana. sebab dulu agak excited nak masuk PLKN. yelah duduk rumah boring. tapi bila kawan kawan start wall pasal tak nak join PLKN, rasa cuak pun ada. haha. okay, memang mudah terpengaruh.

lepastu tadi bagitau ummi saya tak dapat PLKN, ummi gumbira sahaja :) ummi memang tak nak saya pegi. kalau boleh nak adik saya yang pegi. yelah, dia kan laki. biar dia berdikari sikit. ngahaha

pastu tadi main comment comment tiba tiba intankusayang cakap jangan excited sangat yang dah check, tak dapat. nanti orang tu boleh detect pastu masukkan nama kita. ehh? tak nak lah kalau betul. kalau dia nak, dah lama dia masukkan kan? huuu

lagi, iffa pulak kata ada yang check sekali, dia tak dapat. bila double check, tiba tiba dapat! peghhh macam mana tu? susah lah macamtu. nak check susah. jam. aduhai

jadi sekarang ni redha je lah. kalau dapat, dapat la. tak dapat sudah. yang penting sekarang SPM kan? :)

semoga azah berjaya dalam trial SPM dan SPM nanti. amiiiin :)


Sunday, July 10, 2011

shopping raya

assalamualaikum

hai kawan kawan :) sihat hari ni? rindu saya tak? haha

pagi tadi tengah khusyuk blogwalking selepas settle homework, tiba tiba ummi call. ummi kat KL. ummi cakap;

Ummi: Yu, siap siap tau petang nanti kita keluar shopping untuk raya. Ummi sampai nanti kita terus pegi.

......................

Saya: ermmmmm..okay


dengan keadaan yang sebegini, memang tak ada mood lah nak shopping shopping ni. agghhhh *stress* tak ada mood wey! trial SPM beberapa hari je selepas raya T.T tak ada mood! damnnnn!

dalam kepala ni pun langsung tak ada idea nak pakai baju warna apa, jenis apa. langsung tak fikir. langsung tak ada mood. cuma hari tu je tiba tiba geng mesyuarat tingkap kat kelas dok bising pasal baju raya. percaya tak saya tak excited bila dapat shopping free macamtuu je? huuuu

then, tadi pegi lah shopping. kat ipoh ni apa lah sangat. kalau tak JJ, Parade. kalau tak Parade, JJ. sangat lah membosankan. so tadi first sekali of course pegi Parade dulu sebab banyak pilihan baju, seluar. ada sale jugak tu wohh.

kemudiannya, pegi JJ pulak. tak cukup dalam Jusco, masuk Padini. aku pakai rembat je mana yang cun. match tak match lain cerita. asalkan settle! (bukan dapat jalan jalan pun raya nanti. tak balik Kelantan pun T.T ohmyy bye bye dah kat duit raya tahun ni! T.T). finally, dapat jugak beli dua pasang baju kurung yang dah siap (huish beria douh baju kurung 2 pasang). tak ada masa lah nak tempah ni. got money, boleh lah sayeee.

ingat nak tunggu JCard Day nanti. tapi malas lah nak keluar banyak kali. nasihat untuk girls ipoh (especially budak SPM), beli je baju kurung siap kat JJ. cantik pun cantik tapi pandai pandai la pilih. tak payah susah susah pegi GM. kat sini lagi murah! memang JJ tak banyak pilihan baju kurung. tapi itu bagus bagi saya! tak payah pening nak pilih, sakit lutut kaki semua nak tawaf satu shopping complex. lain la orang ada boyfriend kan. sikit sikit nak lawa. nanti apa buah hati cakap kan? tak gitu?

sekarang cuma tinggal SHAWL and kasut je. ehh, kasut nak kena ke? beli selipar jepun sudah la *memek muka*


Photobucket
hasil rembatan percuma
comel tak baju kurung polka dot warna biru tuuuu? hehe


itu sahaja entry saya kali ini. doakan azah berjaya dalam trial SPM and SPM nanti. amiiin :)

wasalam

Wednesday, July 6, 2011

WW #1: HOMEWORK

Photobucket


SO MUCH HOMEWORK
SO MUCH STRESS
SO MUCH PAIN!
T.T

TEACHERS,
PLEASE STOP GIVING US SO MUCH HOMEWORK!
WE DON'T HAVE TIME TO STUDY!
WE DON'T HAVE TIME TO REVISE!




SPM IS JUST AROUND THE CORNER T.T
PLEASE PRAY FOR ME :'(

Friday, July 1, 2011

marilah kita jimatkan elektrik!

assalamualaikum!

hi people! apa khabar korang hari ni?

meroyan ke azah hari ni tiba tiba nak nasihatkan orang jimat elektrik? padahal hari hari kena bising dengan ayah. lupa tutup lampu sikit, membazir. lupa tutup kipas kejap, membazir lagi. padahal lampu kipas tu nak guna lagi. ada nak amik barang kat tempat lain dulu. heh

ZzZzZzZz

okay lah. sebenarnya nak cerita sikit. baru je tadi tengah best best gayut dengan kak nadia (FREE CALL dia memang lah kan =.= HAPPY BIRTHDAY btw :D), tiba tiba ada bunyi pong pang pong. takut juga lah sebab kat rumah sorang sorang. malas nak ikut yang lain pegi penang. (haaaa, baru takut!) bunyi macam orang ketuk barang kuat kuat. mana tak takut wehh!

rupa rupanya, rumah jiran sebelah ni, wayar aircond dia terbakar. mula ingat yang cable rumah tu. kalau yang tu, confirm lagi dahsat kan? yang tadi x besar sangat api. bunyi lah yang kuat. and banyak jugak soot lah.

kesian der tuan rumah. macam mana wire aircond boleh terbakar? kalau korang nak tau, tuan rumah jarang ada kat rumah. orang business lah kata kan. so macam mana boleh terbakar kalau dia jarang guna? *terasa* nasib baik tadi dia memang kat ipoh (nasib baik ke?)

so tadi ada yang call polis, bomba and tnb. bomba okay lagi sampai lebih kurang setengah jam kemudian. tnb kemain sejam selepas baru sampai. jadi tadi sedikit teruja abang bomba datang <3 HAHA okay fine

Photobucket
yang kurus kurus baju warna hijau tua tu la tuan rumah, baju biru tu TNB (eh ehh dia perasan la aku snap gambar. haha), abang abang bomba pun ada <3 and polis kat belakaaaaaaaang nun


Photobucket
jiran ramai cina sebab kawasan cina ni


jiran tetangga kat sini memang prihatin sikit. tengok lah kemain lagi ramai dok jenguk. aku pun dah naik boring nengoknya. muahahaha

kesian kat tuan rumah tu kan. dah la baik even jarang ada kat rumah. ohh ya btw, dia chinese and ada anjing nama JESPER! anjing dia putih, besar jugak lah (tak sure pulak jenis baka apa). JESPER tu setia jaga rumah masa tuan dia tak ada. dia bising bila ada orang lalu depan rumah. selalu budak budak lalu kat sini kacau dia. ejek ejek kat luar pagar rumah JESPER. tapi bila JESPER nyalak sikit, datang depan sikit (bukan dapat panjat pagar pun), tunggang langgang lari. ceiitttt. adik adik, kalau tau takut tuuuuuu, tak payah la kacau JESPER. bukan takat kacau dia je, kacau kitorang sekali tau. bising tau bising.

kitorang adik beradik ni pulak rajin dok tegur si JESPER (dah boring panggil kucing kucing kat rumah ni, panggil lah anjing pulak). so selalu lah dok panggil JESPER JESPER ni. and kalau korang nak tau, dulu kitorang ingat nama JESPER tu PATRICK. kitorang pakai panggil je sebab tuan dia selalu panggil nama PATRICK tu. rupa rupanya PATRICK tu kawan jiran aku lah! HAHAHAHA. sumpah lawak! HAHA segan douh

dengan kitorang, JESPER baik tau. tak bising pun bila kitorang lalu :D

so, moral of the story is..
jangan tinggalkan rumah lama lama kalau tak nanti wire terbakar. HEHE

okbye



psst pssst; hari tu kan, aku nampak JESPER dating ngan anjing lain kat pintu pagar. muehehhehe

Thursday, June 23, 2011

CIK HATI...

kenapa dengan awak hari ni? kenapa hari ni banyak sangat nak menyusahkan orang? kenapa hari ni awak sensitif sangat? kenapa hari ni asyik nak sakitkan hati orang lain? kenapa hari ni awak asyik paksa mata keluarkan air mata?? kenapa?

CIK HATI...

please...sabar ye. awak kena tabah. awak kena sabar. kalau awak rasa tak ada siapa dengan awak, saya sentiasa dengan awak kan :') mesti apa yang jadi ada hikmah kan? please jangan lemah macam ni. SPM dah nak dekat. awak kena support saya. selain daripada Allah, siapa lagi nak tolong saya kalau tak awak?

CIK HATI...

awak tau kan kalau tak ada awak, macam mana saya nak hidup? awak cuma ada satu je dalam diri saya. kalau awak lemah, saya akan lagi lemah. awak tau kan tu? :') PLEASE BE STRONG. I REALLY NEED YOU.



Saturday, June 11, 2011

Awesome Movie! - SUPER 8

assalamualaikum!

petang tadi tengok movie baruuu, SUPER 8! :D dekat jj of course. cerita ni baru je kuar 9 jun hari tu.

actually mula mula nak tengok KL Gangster. katanya best. betul ke korang? nak sangat tengok. huuuu. ummi tak kasi kitorang tgk KL Gangter. katenye, "ishhh apa tengok cerita macamtu. jadi gangster baru tahu". HAHA. fine. okay la ummi. apa saja untukmu :P

finally, tengok la SUPER 8. tak rugi pun tengok movie ni. sebab memang best pun! :D and dari hari tu lagi dah rancang nak tengok movie ni.


Photobucket
nampak tak ada tiket FREE tuu? seat B9 and B11? HEHE


Photobucket
meet my boyfriend. HAHAHA


Photobucket
kakak sayaaa :)


ramai betul yang tengok movie ni tadi. dalam wayang tadi pun kitorang dapat seat depan dan bilik kecik. line B, bilik 1 :( duduk tadi pun memang 'sopan' semacam je! HAHA

cerita ni ber-genre-kan action, thriller and horror dan ada jugak humour :) tak ada lah takut sangat. banyak terkejut je. macam cerita PRIST :)

so, sedikit pasal movie ni yang saya copy dari TGV.com.my. hehe;

This movie is rumoured to be set in the 1970s where teens
unwittingly witness a murder and evidence of aliens on Super 8 film while shooting in Area 51, prompting the Air Force and others to pursue them.


malas nak review panjang panjang pasal movie ni. haha. apa apa korang boleh cekidaut dekat sini. yang pasti, cerita ni memang best! :)

okbye!

Wednesday, June 8, 2011

NUR KASIH THE MOVIE

Photobucket


assalamualaikum

okay, malas nak cerita panjang panjang sebab korang mesti dah tengok kan cerita ni? :D

Photobucket
adam: lukisan nur ke lukisan abang ni?
nur: dua dua
adam: *peluk nur* tiga tig
a


koraaaang. sweet kan? :D

Photobucket
aidil

time ni sebak bila ilyas tanya nak dia temankan? huuu


Photobucket
ilyas dan maryam :)

suka watak ilyas sebab dia matured macam ayah dia. nak anak macam tu lah nanti. hehehe. mia sara comel dalam cerita ni. tapi kalau ada pelakon comel macam mia lain lagi cool kan? bagi la chance kan orang lain jugak. betul idak? hehe


Photobucket
mamat :)

the truly HERO dalam cerita ni :) teringat part dia tanya adam, "klau kita bagi yang kita sayang sikit?" adam jawab, "kita akan dapat setimpal yang kita bagi". time tu dia tergamam :)


keseluruhannya, cerita ni best. rasa tak puas sebab time tiz dah lahirkan anak, kat rumah kampung derang, tiba tiba adam hilang. tak puaaaassss!!!

apa apa pun, mesej yang nak disampaikan telah pun sampai :)

Photobucket
hero sebalik tabir :)

congratulations kabir! anda telah berjaya membuatkan saya menangis! hahaha


dengar cerita jugak, ada yang tak puas hati dengan movie ni. chill chill sudah. ingat senang ke nak uat movie?? kan kabir? *ceit. ingat abang aku ke. haha*

jadi, korang yang belum tengok tu, tinggal kan dulu buku korang tu. tengok movie ni. confirm nangis! boleh lepas gian nak nangis sebab banyak sangat baca buku! hahaha

okay lah, NUR KASIH dah tengok, hati pun dah puas. masa untuk study pulak!

okbye!

credit to NUR KASIH THE MOVIE

Monday, June 6, 2011

JB ada kembar?

assalamualaikum!

korang sihat hari ni? macam mana masa lapang yang korang guna hari ni? hahaha. okabaikan.

semalam saya ber-blogwalking. saya memang suka ber-blogwalking ni. mencari ilmu sambil mengambil pengalaman lah kata kan.

so, semalam jalanjalanjalan jumpa la blog akak ni. wooww jumpa JB kut!

Photobucket






NONONO! its not JB! its DANI SHAY!



Photobucket
ini baru lah JB



tak pecaya? mari kita bandingkan



Photobucket
DANI SHAY and JUSTIN BIEBER


macam mana? sama kan?? hahaha

yang saya tau DANI SHAY ni berumur 23 tahun and tak senang hati dengan orang ramai yang sangka dia tu JB. kalau orang jumpa dia, orang bayangkan JB dan bukan diri dia. and she is a GIRL! yes, a GIRL. mula tu saya pun ingatkan dia lelaki. nama pun macam lelaki kan?

so, untuk tau lebih lanjut pasal DANI SHAY ni, boleh la cekidaut sendiri ye. and lepas ni jangan confuse lagi antara derang ni okay? haha

oh ya! dia pun pandai menyanyi. artis actually. boleh tengok dekat sini

saya tak tau kenapa dia tiba tiba muncul and tak nak amik tau pun.

apa apa pun, JB tetap dihati <3


okbye!

Sunday, June 5, 2011

HAPPY BIRTHDAY KHADEEJAH :)

assalamualaikum!

semalam saya dah cakap kan nak pegi rumah budak ni? pegi rumah dia sebab ada bacaan yassin and celebrate birthday anak saudara dia, KHADEEJAH :)

Photobucket
khadeejah and her ummi, kak siera :)


Photobucket
makcik makcik makchu khadeejah :D


saya dah try tangkap gambar dia banyak kali. tapi kenapa khadeejah tak nak tengok camera??? aghhh. tension aunty tau. hahaha. jus kidd

wohoooo kek dia sedap! blueberry cheese cake. i loike!

Photobucket


lepastu dah nak balik tu, dan dan lah nak bermanja, bermesra dengan awek saya, dyra haiyi ni haaaa

Photobucket
wohoo so lesbooo. hahaha


HAPPY 2ND BIRTHDAY KHADEEJAH! :D nanti jadi comel macam aunty okay? kihkihkih

Saturday, June 4, 2011

holiday! holiday ke?

assalamualaikum! :)

actually haritu saya pegi SINGAPORE! wohooo. satu malam je pun. tak sempat nak jalan banyak pun actually. okay. jalan banyak sebenarnya. tapi jalan banyak bukan sebab shopping ke apa, tapi sebab kitorang guna public transport. cool kaaan? :D *jakun jarang guna public transport*

Photobucket


saya pergi dengan ummi, kakak saya dan adik saya :) tujuan utama bukan untuk bercuti actually. kalau orang nak pegi bercuti, ada ke nak cepat cepat pegi stesen keretapi lepas sekolah dengan badan busuk busuk tu? tak adanya laaaah. kitorang pegi singapore untuk menjejak kasih je. hahaha. jejak kasih bagi pihak kakak saya la. bukan saya

lepas sekolah tu abang shah (sepupu ummi) amik saya kat sekolah. alah, selepas program GO GREEN tuu. sokseksoksek sampai lah kat stesen tu. time tu lebih kurang lagi 15 minit train nak jalan dah. saya risau lah kalau tak sempat nak tukar baju kat tandas stesen tu. yelahh tengok la baju formal saya tu macam mana. finally tukar baju dalam train je lah

itu train ke KL. esoknya tu dari KLIA terus ke CHANGI AIRPORT, SINGAPORE :D

Photobucket
dalam aeroplane. STARJET :)


Photobucket


STARJET ni aeroplane singapore. dalam dia biasa biasa je. MAS and AIR ASIA lagi cantik! :D

Photobucket
arrived! :)


dah sampai tu kitorang disambut mak saudara kak maiyah. kitorang naik teksi. teksi yang macam van. sebab kitorang ramai. kat singapore ni tak boleh naik kereta duduk sempit sempit macam malaysia ni

well, kat singapore ada lah tau serba serbi, tanya kat aunty kak maiyah ni. salah satunya, kat singapore ada 2 jenis plat kereta. apa fungsinya? haa, plat yang colour hitam boleh keluar time siang dan malam. lagi satu plat colour merah kut. boleh keluar time malam JE. kalau derang kuar siang, jabatan boleh detect lah. and kena denda. cool tak?

errr..

tujuan dia uat sume ni sebab singapore kan kecik. so derang nak kawal bilangan kereta kat jalan raya. lagi satu, siapa yang ada kereta ni kira orang berada lah. sebabnya kalau ada kereta, banyak benda kena lah kena jaga. dah la road tax tinggi. derrr. baik duduk malaysia je lah. haha. and that's why la aunty kak maiyah ni tak nak beli kereta. naik public transport je. murah je. 1sd kalau naik bus. tapi kitorang of course lah aunty kak maiyah yang belanja. hehe

kat singapore kalau korang perasan, banyak bangunan tinggi. ye pandai! sebab negara derang kecik. so banyak bangunan flat. tinggi tinggi pulak tu. memang susah lah nak tengok rumah sebijik sebijik tu. tapi sekali nampak rumah bunglo derang, maaaak aih. besar derr. macam kawasan rumah TTDI lah. besar douh

and kalau korang nak tau, 1sd/singapore dolar = RM2.50. macam mana nak shopping? bankrupt aku tau. haha. malam tu ada lah jalan jalan kat satu shopping complex ni. fair market ke apa ntah nama dia. ada mcd. adalah ads kat luar kedai tu. harga satu burger 4sd ++. kalau convert ke malaysia?? baik balik malaysia bawa pegi singapore. hahaha. okay. tak.

Photobucket
dalam MRT :D


alah, singapore ni macam malaysia je. ehh tak tak. macam ipoh je. ramai cina. so tak rasa awkward sangat lah. tapi yang best pasal singapore ni, derang banyak undang undang. kalau salah sikit, kena lah. kalau lah malaysia macam ni? and more thing about singapore, saya perasan yang kat tempat tempat awam macam airport, stesen komuter, banyak douh CCTV. banyak betul duit negara komunis ni kan

Photobucket
CCTV kat changi airport. ni baru kat satu tempat


Photobucket
orang beratur naik bas. kat dalam bangunan lagi kot. kat malaysia macam mana eh?


bagus kan? tapi kira kalau siapa siapa orang malaysia yang nak bermigrasi kat negara ni, kena betul betuuul lah stable kewangannya. bukan stable stable takat ada tambang pegi balik je, kena stable yang betul betul tinggi. haduuuih, sesistematik mana pun negara ni, sampai kiamat pun aku tak nak duduk negara ni. hahaha. yelah. salah satu yang tak best pasal singapore, orang cina yang diutamakan. yelah tak kisah lah tu. orang cina 75% and melayu 15% je. memang tak best. bagi saya lah. bukan nak tipu lah. taapiiii..baru je berapa jam kat sana, dah rindu malaysia. hahahahahaha. gedik.

pastu aunty kak maiyah tu bawa kitorang jalan jalan sikit. kat kawasan melayu. kat singapore ni ada kawasan kawasan macam kawasan cina, melayu, india. don't worry. kat malaysia pun ada laaaah :D

and kawasan melayu tu nama dia GEYLANG

Photobucket


Photobucket
nasi ayam penyet singapore. licin kitorang makan!


pastu blablabla kitorang pegi airport, hantar kak maiyah sebab esok tu dia kerja. and lepas tu kitorang pegi jambatan, pegi JB! yahoooo! :D tapi saya dan adik saya je. ummi terpaksa balik ipoh esoknya dari singapore.

korang nak tau tak, dah bertahun dah tak pegi johor. huuuu. johor tu tempat saya lahir. lebih kurang 2 bulan selepas tu, kitorang pindah ipoh and dapatlah amad acaf tu.

finally!! :')

kat johor pulak jumpa atok (nenek saudara), aunty johor (kawan ummi. dari kecik panggil macamtu. hehe) and kat johor, derang jaga kitorang baiiiik sangat :') rasa tak terbalas :) belum lagi derang jaga saya masa baby dulu. ILOVEYOUATOK. ILOVEYOUAUNTY :)

kejap je kitorang kat johor. hari rabu balik IPOH! mula memang tak tau kut macam mana dari johor naik bas ke KL and dari TBS nak ke KL SENTRAL tu, kitorang naik komuter! wuhuuu dah pandai dah! hahaha. pastu beli tiket ETS and teruuus balik ipoh! i missed you ipoh! :D

okbye. lepas ni nak pegi rumah dyra haiyi. ada doa selamat :D byeee!

Thursday, June 2, 2011

GO! GO GREEN RPS! :)

assalamualaikum!

actually, i don't really have the mood to write about this. i know, im sorry :') something had happen to me, me and family.

okayy *amik mood*

jumaat lepas, rps anjurkan program GO GREEN di mana banyak sekolah dijemput untuk bincang, share pengalaman etc to every school yg dijemput.

Photobucket
ye, saya memang nampak skema bila berpakaian formal. huhu


dalam program ni, saya ditugaskan jaga bahagian pendaftaran dan microscale chemistry :) you know what, microscale is soo micro and sooo cute :) sir tj said that our batch is the first batch using this microscale :) macam mana rupa microscale? ni haaa

Photobucket
awesome right?


sebelum hari tu, agak nebess jugak la kan sebab nak terangkan pasal microscale. kitorang kena terangkan macam mana nak uat experiment guna microscale etc etc. kawan kawan tak habis ckp "releks lah releks lah" haha. thanks lah kat korang. finally aku tak payah cakap apa apa pun. haha

Photobucket
tya, wakil rps untuk students' conference :)


lebih kurang 2, 3 hari sebelum hari tu jugak, ada online fb. elvin IM saya, tegur. lepastu out. saya pun macam, err okay. lepastu abaikan je la. kat sekolah pulak agak sibuk tolong cikgu untuk persiapan nanti. biasa lah, banyak sekolah yg datang. ada dari SEMESTI, GR, BAINUN, SMK DERMA PERLIS, dari KEDAH, PENANG *sorry, lupa lah nama sekolah korang, panjang sangat, hehe* and banyak lagi. lepastu khamis tu pulak online lah fb lagi. tengoooook je IM kat bawah tu, yang ada nama elvin *dari hari tu tak exit lagi, tak tau kenapa* pastu terus teringat! dalam hati cakap, "eh! kut kut elvin pun ada esok! elvin kn SEMESTI" dengan hati yang sangat lah excited terus wall dia sebab dia offline time tu. tapi tak sempat lah dapat jawapan dia. huhu

esok tu pulak, usha usha la kan kut kut ada yang saya kenal. tambah tambah saya kat bahagian pendaftaran. haha. finally, kan betul! hahaha ada pun elvin. hehe. rupa rupanya dia yang wakil SEMESTI untuk students' conference tu. tak percaya? tadaaa!

Photobucket
semasa perbentangan :)


eceyy naib pengerusi pengawas pss. hehe. time ni dia malu malu sikit. segan katanya. haha chill lah. kitorang takkan makan ko punye :P

dah habis lunch sume, budak laki pegi masjid semayang jumaat. kitorang semayang kat surau hostel, lepastu lepak lah apa lagi. hehe

lepas dah hilang penat segala, aktiviti diteruskan. banyak la aktiviti yang ada. EAT GREEN, READ GREEN, MICROSCALE, ORGANIC FARMING and so on.

Photobucket
yang tali purple tu LO. ecey bangga la tu


tak sempat nak amik banyak gambar sebab bertugas kat bahagian microscale :)

Photobucket
rakan setugas. cewaah. haha


patutnya saya cakap tau masa microscale tu. tapi tiba tiba...."SEMUA DIARAHKAN BERGERAK KE DEWAN. ARAHAN PK HEM"
ehem
kesian ada yang tak sempat tengok microscale tu. but it's okay. nanti datang rps lagi okay? :D

kat dewan pulak pelancaran penutup program. ada ucapan, persembahan segala. dah habis tu sibuk lagi, kena kemas dewan. yelah kan, esoknya kan cutii. hehe. lepastu saya sempat la tolong cikgu. tapi tak dapat nak tolong habis sebab kena balik awal. lepas balik kena teruuuuus pegi railway station. sebab nak kena pegi somewhere else. hehe. nak tau pegi mana?? tunggu... :D

to be continued...