Monday, April 2, 2012

Global March to Jerusalem (GMJ)

Assalamualaikum peeps :D

Hari tu, 30 Mac aku pergi GMJ :D Aku bet korang mesti tahu kan benda ni apa. Kira salah satu langkah untuk selamatkan bumi Palestin. Cuma yang ni lebih spesifik di Jarusalem, salah satu tempat di Palestin.

Photobucket


Aku pergi dengan Adilah, kawan rapat aku sekolah rendah dulu. Kira bestfriendforever la ni. Hahaha. But actually kitorang pergi dalam rombongan la. Naik bas. Free je tahu? Haaa jangan jealous. Haha. Kitorang kira under Pertubuhan IKRAM Malaysia. Aku bukan ahli, tapi Adilah ahli. Dia ajak, kita pergi je la kan. Pada masa yang sama boleh support Palestine :)

Photobucket


Ally Iskandar dan Iman Zulkefly pun ada. Depa ni la host. But aku rasa supposedly
Nas yang jadi host. Kalau ikut iklan la kan. But nvm. Ally Iskandar kelakar macam biasa haha. And Iman tu cun. Dia pengacara kat Astro eh? Tak tahu la, biasa la orang tak ada Astro kan :/

Ohh before tu nak cakap. Kitorang sampai pun dah dekat maghrib. Orang pun ramai so kena amik wudhu awal-awal. Kitorang solat dalam surau stadium. Tapi tak tahu pulak ada yang solat dalam stadium. Kalau tahu, dah lama join. Harharhar

Photobucket
Tak apa la. Tak muat pun. Hihi


Banyak persembahan yang ada.


Photobucket
Yasin ada


Photobucket
Pensyarah UiTM sedang bersyair


Kelakar gila kut dia bersyair. Haha sampai terbaring-baring dia bersyair.

Photobucket
Abang-abang Palestin pun ada. Diorang ni student UIA. Tinggi gila kut depa. Kalah Ally. Hehehe


Diorang buat persembahan tradisional Palestin.

Photobucket
Chinese pun ada! Student Taylor University


Ingat lagi masa ni. Ally tanya, "So you are chinese....?". Chinese ni pun jawab, "No, I'm not Chinese. I'm Malaysian". Wahh gempak gila tak jawapan dia? Lepastu beliau mendapat tepukan yang gemuruh! Tabik springggg!

And actually ramai jugak non-muslim yang datang :)

Photobucket
Gimik


Yang gambar kat atas ni diorang berlakon. Yang pakai lambang Israel tu kira tentera Israel dan keliling depa tu rakyat Palestin. Kira selepas Israel berlaku kejam, rakyat Palestin bangkit and finally Palestin menang :)

Photobucket
'Itu Ini Begitu Begini' pun ada. Hehe


Mirwana tak ada la nak nyanyi lagu 'Itu Ini Begitu Begini' tu. Haha tak ada kena mengena.

Dan banyak lagi persembahan. Budak-budak sekolah menyanyi, syair and so on. Memang semangat betul masa ni. Bendera Palestin ada kat mana-mana je. Ada yang bawa bendera BESARRR! Dengan kata-kata semangat semua tu :) Aku ni pulak memang tak tahan bila dah semangat ni. Nak je aku jerit sekali. Tapi tak boleh la nak kuat sangat kan. Ini bukan dekat RPS yang boleh jerit sesuka hati. Haha. Ada lelaki, kena la beradab sikit. RPS tak apa, tak ada lelaki. Heee :P

Kesimpulannya, GMJ memang best! Aku belajar, kita nak selamatkan Palestin bukan sebab ada orang Islam kat sana tapi ni semua tentang isu kemanusiaan. Bukan orang Islam je yang tinggal kat Palestin. Ada juga Kristian dan Yahudi.

NEGARA ISRAEL TAK WUJUD! Tanah tu hak orang Palestin! Kita semua sepatutnya support benda-benda macamni, tak kira bangsa atau agama. Don't be RACIST!

Itu sahaja untuk kali ini. Wassalam. Peace no war!

/Gambar-gambar dicilok dari Pertubuhan IKRAM Malaysia. Harharhar


*aku nak beli scarf Palestin tu tapi tiba-tiba menggedik tak nak beli -.- *

Sunday, December 4, 2011

And Finally...

assalamualaikum

hi people. sihat hari ni? sorry for the late posting seperti yang dijanjikan (macam ada yang kisah. haha) ada banyak halangan untukku meneruskan niat mem-post di blog kesayangan ini.

SPM is over already..for me (on 30th nov). yaaayy =.= sounds cool right? masih ada kawan-kawan yang tak habis exam lagi. wish you all the best guysss! :D

but actually it's not that cool to me. yeah, not really cool. kenapa? sebab gigi bongsu buat hal. kayy fine kau bongsu cari pasal haa haha. sakit sangat sampai demam. orang kata sakit gigi sakit ketiga selepas sakit mati dan lahirkan anak. yeahh so true especially masa jawab paper SPM. untunglaaaa, ingat senang ke nak sakit masa SPM. okayy untung sangat =.=

actually start sakit tu masa paper Chemistry iaitu dua hari terakhir untuk habiskan SPM. sakit tu memang teramat la. tapi paling parah masa jawab next paper, BIOLOGY. BIO kut weyy. time ni la demam menunjukkan 'taringnya' =.= seriously memang tak dapat tumpu. before pergi sekolah makan ubat segala ubat yang diperlukan termasuk la ubat selesema tapi ini yang tak mengantuk punya. tapi malangnya, aku tetap mengantuk juga masa jawab paper Bio :'( it's BIO okayy. ntah la kenapa ubat tu tak memberi kesan. memang ujian betul Tuhan kasi ni. jawab paper pun tak dapat concentrate. kecewa sangat :'( i don't know how will be the result. i did my best and hopefully graph turun. huhu amiiin.

selepas paper last iaitu Biology Paper 3 semua buat muka happy. of course la happy tak payah buka buku budak sekolah dah haha. i'm happy too but not that happy because not satisfied dengan apa yang aku jawab untuk paper Bio and Chemi. tolong la faham perasaan ni :'(

apa-apa pun demam kena tahan lagi sebab malam tu ada class party kat Excelsior Hotel, Ipoh. kena datang juga sebab dah bayar mahal-mahal kan and itu mungkin perjumpaan terakhir kitorang, 5 Azalea :) sedap kan nama kelas titeww kihkihkih. kay bajet gedik

Photobucket
semasa class partayyyy


disebabkan dah dua hari berturut-turut tahan And Finally (seperti pada tajuk) demam sepenuhnya on the next day. yes, on 1st Dec 2011 disaat budak-budak Facebook welcoming December. ehh, perlu ke? haha. pada hari itu selepas tidur, tidur. selepas tidur, tidur. itu la kerja aku. habis semua planning selepas SPM for the first day after SPM bye bye macamtu je. kesian kan? yelaaah tak kesian tak apa. ni la kawan kaaan

Photobucket


and that's why la tak dapat nak update blog terus. niat nak tengok Breaking Dawn Pt. 1 pun terpaksa ditunda. so perancangan selepas SPM banyaaak. salah satu nak cantikkan blog ni haha.

and now, i have a new BEST FRIEND. apa? boyfriend? no no no. it's actually my GUITAR, :) i got this guitar on my 17th birthday yayy. thanks to my sister, kak Mira :D muahh muahh

okay la, i want to start playing my guitar. nanti titeww dah terer titeww share yew hikhik. okay so annoying haha

kbye!

Thursday, November 10, 2011

Apakah Persediaan Anda Sebelum Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ?

Photobucket


:DD


pagi tadi selepas recess baru dapat slip SPM. wahh nak SPM dah wey. its Thursday already. SPM is next Monday till 30th Nov :) Please do pray for me! and im so sorry if i did wrong to you. kita berdamai okay? hihi :) and and Good Luck also to youuuuuu SPM candidates! marilah kitaa brsama2 berjuang!

and to him, Good Luck too. uat yg trbaik! i know you can do it! hope awk blh capai cita2 awk nk jd engineer. jgn lupa doakan sy jgk :)

okayy tetibaa je hahaha. okay la. i will spend this short time for study. this is the last entry before the first day of the exam! see you on 1st Dec! insyaAllah :)

wassalam.

Sunday, November 6, 2011

SPM!

assalamualaikum and hello people!

long time no see right? heee :D

sorry sbb dah lama mendiamkan diri. study lah katakan. hahaha lah sangat :P okayy this is just my short post. dah lama sangat tak post. memang tak aci kan? haha tak apa, lepas SPM nanti kita blog hari hari okay? hihi

Photobucket


SPM is just around the corner. about 7 days from now. Please please pray for my success, and others too! :D

okay see you when i see you :)

wasalam

Saturday, August 20, 2011

SHAWL SHAWL SHAWL

assalamualaikum!

hi people! sihat hari ni? puasa tak? hehe

okayy hari ni rasa macam nak cakap pasal SHAWL. abang abang yang tak tau apa itu
SHAWL, please lah google. tengokkk uncle google pun tau SHAWL tu apa. hahahaa

btw encik lelaki, sebelum korang tekan exit disebabkan ini entry kawasan wanita sahaja, nak tau jugak kan, dengar cerita kaum korang ni tak suka perempuan lilit lilit ni (shawl) eh? tak peeee tak peeee, kalau kome lelaki melayu tak suka, kitorang cari pak arab/mat saleh. muahahaha

*finee tiba tiba teringat kat DJ kat GM haritu (lelaki) salah sebut PASHMINA. ngehehe

dah cakap pasal shawl ni, nak cakap jugak la pasal sejarah saya dan shawl ni. haha
okayy dulu tak pakai la shawl shawl ni. apa barang kan, DULU. haha. ni kakak kakak aku punya pasal lah. derang dok beria pakai shawl. saya yang sebagai adik ni pun, terpengaruh lah. hehe

so, sebagai permulaanya dulu pakai shawl biasa je. well sekarang kan dah banyak trend.

SIMPLE SHAWL

Photobucket
credit to FadzBlogShop


shawl ni adalah shawl basic ye kawan kawan. kebanyakan dulu masa shawl nak naik tu ramai yang pakai shawl macam ni. tapi aku tak, aku mula mula pakai tu dah pakai corak corak. biasa la, advance. ngahahaha. kfineee. tapi seyes first shawl aku pakai bukan plain shawl sebabnya bagi aku shawl tu jarang yang boleh menampakkan tengkuk dan juga anak tudung especially shawl warna putih lah.

PASHMINA SHAWL

Photobucket
credit to VintageCulture


pashmina original ni biasanya corak dia macam kat atas ni. ye, =.= teringat dulu adik aku (lelaki) nampak pashmina macam ni berlipat kat atas meja. pastu dia cakap, "ehh lawanya alas meja nii" pastu elok pulak dia pi letak pashmina tu buat alas meja tu. *pangpanggpangggg*

aku suka pashmina sebab first, kebanyakan dia besar and boleh suka hati nak lilit macam mana. pashmina juga ada banyak design yang lawa lawaa :D tapi yang tak best tu dia agak panas lah. korang perasan tak ramai yang guna pashmina ni sebagai scarf? jangan ingat Muslims je pakai pashmina. haha. well sebab tu dia panas, sebab ia dicipta untuk memanaskan badan kita. haha. tapi tak pe, nanti ai pindah London ke, Russia ke kan, hari hari ai pakai pashmina. hehe. berangan lagi. btw, sekarang banyak tuto cara pakai pashmina. korang tengok lah sendiri ye. sangat gojes okayy hehe

SATIN SHAWL

Photobucket
credit to ShawlMall


sukaaaaaaaa tengok orang pakai shawl ni. hahaha. kalau tengok shawl satin ni, mesti teringat YUNA & HANA TAJIMA :)

Photobucket
credit to shawlshawlshawl


actually, tak pernah lagi try pakai shawl satin. takut susah nak jaga and kalau pakai shawl ni, kena pandai menggayakannya itu puuunn (bajet ah chai lah kan. haha) tapi seyes cantik woh kalau pakai shawl ni. nampak gojes gitu. macam YUNA :) YUNA ni pakai tudung biasa pun cantik. kan? kan? :D tapi kawan kawan ku yang cun melecun, kalau korang nak pakai satin, pakai lah dengan betul tau. cekidaut banyak banyak tuto kat utube tu ehh youtube. hehe

COTTON SHAWL

Photobucket
credit to SuperGirl


cotton shawl ni dah pernah pakai :) best pakai sebab sejuk and simple. bila kita dah lilit tu nampak susah tapi sebenarnya, "easy in the world" kata cikgu addmaths kitorang. hahaa

PASHMINA COTTON SHAWL

Photobucket
credit to AllProducts


pashmina ke cotton? hahaha. sebenarnya shawl ni setengah pashmina, setengah cotton. shawl ni besar macam pashmina and design dia banyak macam pashmina lah. ianya juga adalah cotton sebab kain dia lembut tapi keras sikit dari shawl cotton betul betul tu. to me, shawl ni panas pun tak ada lah sangat. korang boleh gayakan macam pakai pashmina. and pattern pattern yang ada sekarang amat cun melecun! macam ini;

Photobucket
credit to TeensFlavour
kak, nak yang kat "patung" tu. hehehehe



GYPSY SHAWL

Photobucket
credit to CitraCollection


shawl ni aku tak pernah ada lagi tapi nampak macam best je sebab bila pakai, sangat simple! seyes dulu tak suka shawl ni sebab ada pemberat tu, especially yang ada beads tu. sorry to say but to me nampak cheap. aku tak kisah beli barang murah, asalkan cantik and nampak mahal (dah, nak beli yang mahal tak mampu kan?) :) tapi sekarang macam dah okay siket kut sebab yang "pemberat" tu sekarang banyak yang comel and sweet la jugak kan (especially shawl warna pink tua auuwww <3 :P).berbanding dulu, design merapu raban. and jenis kain shawl ni cotton. shawl ni jugak pendek, korang kena pandai lah balance kan so that nanti tak ada la nampak belakang ke, tengkuk ke kan. so korang boleh usha tuto dia dekat sini :) so. anyone nak hadiahkan? :P

NET SHAWL

Photobucket
credit to BorongShawls


dalam banyak banyak shawl, shawl ini lah yang paling tidak ku gemari. sebab apa eh? mungkin sebab malas nak pakai inner neck kut. HAHA. tapi memang tak minat shawl ni. and tak banyak pilihan corak yang cantik cantik. korang ada link nak tunjuk ada spesis shawl ni yang cantik? tak nak yang dah biasa tengok tuuu. kalau ada, share la ye :D

---

actually banyak lagi jenis shawl ni. mungkin tak sampai Malaysia lagi? hahaa nanti ntah apa lagi style pakai shawl kat Malaysia ni kan.

btw, lepas SPM nanti berhajat jugak nak buat business online. jual SHAWL yang cun cun and accessories. beli shawl ori dari Egypt sebab kakak aku sorang study kat sana, boleh belikan. cantik jugak shawl kat sana. boleh dapat murah. alahh pandai pandai ah kakak aku kautim dengan pak arab tu. hahaha. so, anyone yang nak join? :D


psst pssst: korang, betul ke ramai lelaki tak suka perempuan lilit lilit ni? kalau betul, korang nak lagi tak pakai shawl? hehe

Sunday, July 24, 2011

oh myyy

assalamualaikum!

hi people! how are you todaaaay? (ckp ala ala british gitu. hikhik)

its JULY already!! oh my God! trial SPM is coming very veryyy soon. just about a week after raya T.T i wanna balik kampung! i wanna balik Kelantan :'( missing we, ayah we already :'( mesti derang dah uat solat hajat untuk saya kan? macam masa nak PMR dulu, dalam saya tak sedar, atok nenek saya panggil orang masjid datang rumah derang untuk solat hajat untuk cucu cucu dia :') seriously, seminggu selepas baru ummi bagitau.

nak balik Kelantan :'( tapi ummi tak kasi sebab trial dah dekat sangat dengan raya. huuu sedihnya. kat ipoh ni ada sape? kawan kawan ummi ayah ade la. itu pun kalau derang tak balik kampung jugak. sedih..sedihhhh :'(

and yang bertambah sedih tu sebab duit raya! haha $.$ kalau tak balik, tak ada la duit raya :') dah lama tak balik. rasanya dalam tahun ni, baru sekali dua balik Kelantan. alaaa, nak balik. nak jumpa sedara mara, nak duit rayaaa :(




what a year! -.-

Monday, July 11, 2011

demam PLKN



assalamualaikum

hye guys. sihat hari ini?

satu Malaysia dah tahu budak lepasan SPM yang terpilih kena masuk PLKN wajib sertai. kalau tak, tindakan akan dikenakan. yeah. so semalam dah start keluar result. semua berpusu pusu memenuhi laman web PLKN.

dipendekkan cerita, semalam memang full lah dinding dinding di facebook itu penuh dengan luahan perasaan kawan kawan saya. ada yang suka. ada yang yang tak suka. tapi paling ramai yang BENGANG! sebab apa? sebab nak tunggu website PLKN loading macam nak tunggu siput berjalan yang tak sampai sampai. ehh, siput berjalan ke? haha

saya pun tidak terkecuali senasib dengan mereka. kena tunggu lama. finally dah penat sangat, dah ngantuk sangat time tu dah pukul 1 pagi. sms je. pastu terus tidur. puas hati! haha. pagi pagi bangun dengan penuh debaran, check handphone kesayangan saya itu. well yeah. perkataan pertama yang saya baca ialah "MAAF". so korang boleh agak la kan? hehe

perasaan tak tahu nak bagitau macam mana. sebab dulu agak excited nak masuk PLKN. yelah duduk rumah boring. tapi bila kawan kawan start wall pasal tak nak join PLKN, rasa cuak pun ada. haha. okay, memang mudah terpengaruh.

lepastu tadi bagitau ummi saya tak dapat PLKN, ummi gumbira sahaja :) ummi memang tak nak saya pegi. kalau boleh nak adik saya yang pegi. yelah, dia kan laki. biar dia berdikari sikit. ngahaha

pastu tadi main comment comment tiba tiba intankusayang cakap jangan excited sangat yang dah check, tak dapat. nanti orang tu boleh detect pastu masukkan nama kita. ehh? tak nak lah kalau betul. kalau dia nak, dah lama dia masukkan kan? huuu

lagi, iffa pulak kata ada yang check sekali, dia tak dapat. bila double check, tiba tiba dapat! peghhh macam mana tu? susah lah macamtu. nak check susah. jam. aduhai

jadi sekarang ni redha je lah. kalau dapat, dapat la. tak dapat sudah. yang penting sekarang SPM kan? :)

semoga azah berjaya dalam trial SPM dan SPM nanti. amiiiin :)