Monday, July 11, 2011

demam PLKN



assalamualaikum

hye guys. sihat hari ini?

satu Malaysia dah tahu budak lepasan SPM yang terpilih kena masuk PLKN wajib sertai. kalau tak, tindakan akan dikenakan. yeah. so semalam dah start keluar result. semua berpusu pusu memenuhi laman web PLKN.

dipendekkan cerita, semalam memang full lah dinding dinding di facebook itu penuh dengan luahan perasaan kawan kawan saya. ada yang suka. ada yang yang tak suka. tapi paling ramai yang BENGANG! sebab apa? sebab nak tunggu website PLKN loading macam nak tunggu siput berjalan yang tak sampai sampai. ehh, siput berjalan ke? haha

saya pun tidak terkecuali senasib dengan mereka. kena tunggu lama. finally dah penat sangat, dah ngantuk sangat time tu dah pukul 1 pagi. sms je. pastu terus tidur. puas hati! haha. pagi pagi bangun dengan penuh debaran, check handphone kesayangan saya itu. well yeah. perkataan pertama yang saya baca ialah "MAAF". so korang boleh agak la kan? hehe

perasaan tak tahu nak bagitau macam mana. sebab dulu agak excited nak masuk PLKN. yelah duduk rumah boring. tapi bila kawan kawan start wall pasal tak nak join PLKN, rasa cuak pun ada. haha. okay, memang mudah terpengaruh.

lepastu tadi bagitau ummi saya tak dapat PLKN, ummi gumbira sahaja :) ummi memang tak nak saya pegi. kalau boleh nak adik saya yang pegi. yelah, dia kan laki. biar dia berdikari sikit. ngahaha

pastu tadi main comment comment tiba tiba intankusayang cakap jangan excited sangat yang dah check, tak dapat. nanti orang tu boleh detect pastu masukkan nama kita. ehh? tak nak lah kalau betul. kalau dia nak, dah lama dia masukkan kan? huuu

lagi, iffa pulak kata ada yang check sekali, dia tak dapat. bila double check, tiba tiba dapat! peghhh macam mana tu? susah lah macamtu. nak check susah. jam. aduhai

jadi sekarang ni redha je lah. kalau dapat, dapat la. tak dapat sudah. yang penting sekarang SPM kan? :)

semoga azah berjaya dalam trial SPM dan SPM nanti. amiiiin :)


No comments:

Post a Comment