assalamualaikum! :)
actually haritu saya pegi SINGAPORE! wohooo. satu malam je pun. tak sempat nak jalan banyak pun actually. okay. jalan banyak sebenarnya. tapi jalan banyak bukan sebab shopping ke apa, tapi sebab kitorang guna public transport. cool kaaan? :D *jakun jarang guna public transport*
saya pergi dengan ummi, kakak saya dan adik saya :) tujuan utama bukan untuk bercuti actually. kalau orang nak pegi bercuti, ada ke nak cepat cepat pegi stesen keretapi lepas sekolah dengan badan busuk busuk tu? tak adanya laaaah. kitorang pegi singapore untuk menjejak kasih je. hahaha. jejak kasih bagi pihak kakak saya la. bukan saya
lepas sekolah tu abang shah (sepupu ummi) amik saya kat sekolah. alah, selepas program GO GREEN tuu. sokseksoksek sampai lah kat stesen tu. time tu lebih kurang lagi 15 minit train nak jalan dah. saya risau lah kalau tak sempat nak tukar baju kat tandas stesen tu. yelahh tengok la baju formal saya tu macam mana. finally tukar baju dalam train je lah
itu train ke KL. esoknya tu dari KLIA terus ke CHANGI AIRPORT, SINGAPORE :D
dalam aeroplane. STARJET :)STARJET ni aeroplane singapore. dalam dia biasa biasa je. MAS and AIR ASIA lagi cantik! :D
arrived! :)dah sampai tu kitorang disambut mak saudara kak maiyah. kitorang naik teksi. teksi yang macam van. sebab kitorang ramai. kat singapore ni tak boleh naik kereta duduk sempit sempit macam malaysia ni
well, kat singapore ada lah tau serba serbi, tanya kat aunty kak maiyah ni. salah satunya, kat singapore ada 2 jenis plat kereta. apa fungsinya? haa, plat yang colour hitam boleh keluar time siang dan malam. lagi satu plat colour merah kut. boleh keluar time malam JE. kalau derang kuar siang, jabatan boleh detect lah. and kena denda. cool tak?
errr..
tujuan dia uat sume ni sebab singapore kan kecik. so derang nak kawal bilangan kereta kat jalan raya. lagi satu, siapa yang ada kereta ni kira orang berada lah. sebabnya kalau ada kereta, banyak benda kena lah kena jaga. dah la road tax tinggi. derrr. baik duduk malaysia je lah. haha. and that's why la aunty kak maiyah ni tak nak beli kereta. naik public transport je. murah je. 1sd kalau naik bus. tapi kitorang of course lah aunty kak maiyah yang belanja. hehe
kat singapore kalau korang perasan, banyak bangunan tinggi. ye pandai! sebab negara derang kecik. so banyak bangunan flat. tinggi tinggi pulak tu. memang susah lah nak tengok rumah sebijik sebijik tu. tapi sekali nampak rumah bunglo derang, maaaak aih. besar derr. macam kawasan rumah TTDI lah. besar douh
and kalau korang nak tau, 1sd/singapore dolar = RM2.50. macam mana nak shopping? bankrupt aku tau. haha. malam tu ada lah jalan jalan kat satu shopping complex ni. fair market ke apa ntah nama dia. ada mcd. adalah ads kat luar kedai tu. harga satu burger 4sd ++. kalau convert ke malaysia?? baik balik malaysia bawa pegi singapore. hahaha. okay. tak.
dalam MRT :Dalah, singapore ni macam malaysia je. ehh tak tak. macam ipoh je. ramai cina. so tak rasa awkward sangat lah. tapi yang best pasal singapore ni, derang banyak undang undang. kalau salah sikit, kena lah. kalau lah malaysia macam ni? and more thing about singapore, saya perasan yang kat tempat tempat awam macam airport, stesen komuter, banyak douh CCTV. banyak betul duit negara komunis ni kan
CCTV kat changi airport. ni baru kat satu tempatorang beratur naik bas. kat dalam bangunan lagi kot. kat malaysia macam mana eh?bagus kan? tapi kira kalau siapa siapa orang malaysia yang nak bermigrasi kat negara ni, kena betul betuuul lah stable kewangannya. bukan stable stable takat ada tambang pegi balik je, kena stable yang betul betul tinggi. haduuuih, sesistematik mana pun negara ni, sampai kiamat pun aku tak nak duduk negara ni. hahaha. yelah. salah satu yang tak best pasal singapore, orang cina yang diutamakan. yelah tak kisah lah tu. orang cina 75% and melayu 15% je. memang tak best. bagi saya lah. bukan nak tipu lah. taapiiii..baru je berapa jam kat sana, dah rindu malaysia. hahahahahaha. gedik.
pastu aunty kak maiyah tu bawa kitorang jalan jalan sikit. kat kawasan melayu. kat singapore ni ada kawasan kawasan macam kawasan cina, melayu, india. don't worry. kat malaysia pun ada laaaah :D
and kawasan melayu tu nama dia GEYLANG
nasi ayam penyet singapore. licin kitorang makan!pastu blablabla kitorang pegi airport, hantar kak maiyah sebab esok tu dia kerja. and lepas tu kitorang pegi jambatan, pegi JB! yahoooo! :D tapi saya dan adik saya je. ummi terpaksa balik ipoh esoknya dari singapore.
korang nak tau tak, dah bertahun dah tak pegi johor. huuuu. johor tu tempat saya lahir. lebih kurang 2 bulan selepas tu, kitorang pindah ipoh and dapatlah amad acaf tu.
finally!! :')
kat johor pulak jumpa atok (nenek saudara), aunty johor (kawan ummi. dari kecik panggil macamtu. hehe) and kat johor, derang jaga kitorang baiiiik sangat :') rasa tak terbalas :) belum lagi derang jaga saya masa baby dulu. ILOVEYOUATOK. ILOVEYOUAUNTY :)
kejap je kitorang kat johor. hari rabu balik IPOH! mula memang tak tau kut macam mana dari johor naik bas ke KL and dari TBS nak ke KL SENTRAL tu, kitorang naik komuter! wuhuuu dah pandai dah! hahaha. pastu beli tiket ETS and teruuus balik ipoh! i missed you ipoh! :D
okbye. lepas ni nak pegi rumah dyra haiyi. ada doa selamat :D byeee!