Saturday, August 20, 2011

SHAWL SHAWL SHAWL

assalamualaikum!

hi people! sihat hari ni? puasa tak? hehe

okayy hari ni rasa macam nak cakap pasal SHAWL. abang abang yang tak tau apa itu
SHAWL, please lah google. tengokkk uncle google pun tau SHAWL tu apa. hahahaa

btw encik lelaki, sebelum korang tekan exit disebabkan ini entry kawasan wanita sahaja, nak tau jugak kan, dengar cerita kaum korang ni tak suka perempuan lilit lilit ni (shawl) eh? tak peeee tak peeee, kalau kome lelaki melayu tak suka, kitorang cari pak arab/mat saleh. muahahaha

*finee tiba tiba teringat kat DJ kat GM haritu (lelaki) salah sebut PASHMINA. ngehehe

dah cakap pasal shawl ni, nak cakap jugak la pasal sejarah saya dan shawl ni. haha
okayy dulu tak pakai la shawl shawl ni. apa barang kan, DULU. haha. ni kakak kakak aku punya pasal lah. derang dok beria pakai shawl. saya yang sebagai adik ni pun, terpengaruh lah. hehe

so, sebagai permulaanya dulu pakai shawl biasa je. well sekarang kan dah banyak trend.

SIMPLE SHAWL

Photobucket
credit to FadzBlogShop


shawl ni adalah shawl basic ye kawan kawan. kebanyakan dulu masa shawl nak naik tu ramai yang pakai shawl macam ni. tapi aku tak, aku mula mula pakai tu dah pakai corak corak. biasa la, advance. ngahahaha. kfineee. tapi seyes first shawl aku pakai bukan plain shawl sebabnya bagi aku shawl tu jarang yang boleh menampakkan tengkuk dan juga anak tudung especially shawl warna putih lah.

PASHMINA SHAWL

Photobucket
credit to VintageCulture


pashmina original ni biasanya corak dia macam kat atas ni. ye, =.= teringat dulu adik aku (lelaki) nampak pashmina macam ni berlipat kat atas meja. pastu dia cakap, "ehh lawanya alas meja nii" pastu elok pulak dia pi letak pashmina tu buat alas meja tu. *pangpanggpangggg*

aku suka pashmina sebab first, kebanyakan dia besar and boleh suka hati nak lilit macam mana. pashmina juga ada banyak design yang lawa lawaa :D tapi yang tak best tu dia agak panas lah. korang perasan tak ramai yang guna pashmina ni sebagai scarf? jangan ingat Muslims je pakai pashmina. haha. well sebab tu dia panas, sebab ia dicipta untuk memanaskan badan kita. haha. tapi tak pe, nanti ai pindah London ke, Russia ke kan, hari hari ai pakai pashmina. hehe. berangan lagi. btw, sekarang banyak tuto cara pakai pashmina. korang tengok lah sendiri ye. sangat gojes okayy hehe

SATIN SHAWL

Photobucket
credit to ShawlMall


sukaaaaaaaa tengok orang pakai shawl ni. hahaha. kalau tengok shawl satin ni, mesti teringat YUNA & HANA TAJIMA :)

Photobucket
credit to shawlshawlshawl


actually, tak pernah lagi try pakai shawl satin. takut susah nak jaga and kalau pakai shawl ni, kena pandai menggayakannya itu puuunn (bajet ah chai lah kan. haha) tapi seyes cantik woh kalau pakai shawl ni. nampak gojes gitu. macam YUNA :) YUNA ni pakai tudung biasa pun cantik. kan? kan? :D tapi kawan kawan ku yang cun melecun, kalau korang nak pakai satin, pakai lah dengan betul tau. cekidaut banyak banyak tuto kat utube tu ehh youtube. hehe

COTTON SHAWL

Photobucket
credit to SuperGirl


cotton shawl ni dah pernah pakai :) best pakai sebab sejuk and simple. bila kita dah lilit tu nampak susah tapi sebenarnya, "easy in the world" kata cikgu addmaths kitorang. hahaa

PASHMINA COTTON SHAWL

Photobucket
credit to AllProducts


pashmina ke cotton? hahaha. sebenarnya shawl ni setengah pashmina, setengah cotton. shawl ni besar macam pashmina and design dia banyak macam pashmina lah. ianya juga adalah cotton sebab kain dia lembut tapi keras sikit dari shawl cotton betul betul tu. to me, shawl ni panas pun tak ada lah sangat. korang boleh gayakan macam pakai pashmina. and pattern pattern yang ada sekarang amat cun melecun! macam ini;

Photobucket
credit to TeensFlavour
kak, nak yang kat "patung" tu. hehehehe



GYPSY SHAWL

Photobucket
credit to CitraCollection


shawl ni aku tak pernah ada lagi tapi nampak macam best je sebab bila pakai, sangat simple! seyes dulu tak suka shawl ni sebab ada pemberat tu, especially yang ada beads tu. sorry to say but to me nampak cheap. aku tak kisah beli barang murah, asalkan cantik and nampak mahal (dah, nak beli yang mahal tak mampu kan?) :) tapi sekarang macam dah okay siket kut sebab yang "pemberat" tu sekarang banyak yang comel and sweet la jugak kan (especially shawl warna pink tua auuwww <3 :P).berbanding dulu, design merapu raban. and jenis kain shawl ni cotton. shawl ni jugak pendek, korang kena pandai lah balance kan so that nanti tak ada la nampak belakang ke, tengkuk ke kan. so korang boleh usha tuto dia dekat sini :) so. anyone nak hadiahkan? :P

NET SHAWL

Photobucket
credit to BorongShawls


dalam banyak banyak shawl, shawl ini lah yang paling tidak ku gemari. sebab apa eh? mungkin sebab malas nak pakai inner neck kut. HAHA. tapi memang tak minat shawl ni. and tak banyak pilihan corak yang cantik cantik. korang ada link nak tunjuk ada spesis shawl ni yang cantik? tak nak yang dah biasa tengok tuuu. kalau ada, share la ye :D

---

actually banyak lagi jenis shawl ni. mungkin tak sampai Malaysia lagi? hahaa nanti ntah apa lagi style pakai shawl kat Malaysia ni kan.

btw, lepas SPM nanti berhajat jugak nak buat business online. jual SHAWL yang cun cun and accessories. beli shawl ori dari Egypt sebab kakak aku sorang study kat sana, boleh belikan. cantik jugak shawl kat sana. boleh dapat murah. alahh pandai pandai ah kakak aku kautim dengan pak arab tu. hahaha. so, anyone yang nak join? :D


psst pssst: korang, betul ke ramai lelaki tak suka perempuan lilit lilit ni? kalau betul, korang nak lagi tak pakai shawl? hehe

No comments:

Post a Comment