Monday, April 2, 2012

Global March to Jerusalem (GMJ)

Assalamualaikum peeps :D

Hari tu, 30 Mac aku pergi GMJ :D Aku bet korang mesti tahu kan benda ni apa. Kira salah satu langkah untuk selamatkan bumi Palestin. Cuma yang ni lebih spesifik di Jarusalem, salah satu tempat di Palestin.

Photobucket


Aku pergi dengan Adilah, kawan rapat aku sekolah rendah dulu. Kira bestfriendforever la ni. Hahaha. But actually kitorang pergi dalam rombongan la. Naik bas. Free je tahu? Haaa jangan jealous. Haha. Kitorang kira under Pertubuhan IKRAM Malaysia. Aku bukan ahli, tapi Adilah ahli. Dia ajak, kita pergi je la kan. Pada masa yang sama boleh support Palestine :)

Photobucket


Ally Iskandar dan Iman Zulkefly pun ada. Depa ni la host. But aku rasa supposedly
Nas yang jadi host. Kalau ikut iklan la kan. But nvm. Ally Iskandar kelakar macam biasa haha. And Iman tu cun. Dia pengacara kat Astro eh? Tak tahu la, biasa la orang tak ada Astro kan :/

Ohh before tu nak cakap. Kitorang sampai pun dah dekat maghrib. Orang pun ramai so kena amik wudhu awal-awal. Kitorang solat dalam surau stadium. Tapi tak tahu pulak ada yang solat dalam stadium. Kalau tahu, dah lama join. Harharhar

Photobucket
Tak apa la. Tak muat pun. Hihi


Banyak persembahan yang ada.


Photobucket
Yasin ada


Photobucket
Pensyarah UiTM sedang bersyair


Kelakar gila kut dia bersyair. Haha sampai terbaring-baring dia bersyair.

Photobucket
Abang-abang Palestin pun ada. Diorang ni student UIA. Tinggi gila kut depa. Kalah Ally. Hehehe


Diorang buat persembahan tradisional Palestin.

Photobucket
Chinese pun ada! Student Taylor University


Ingat lagi masa ni. Ally tanya, "So you are chinese....?". Chinese ni pun jawab, "No, I'm not Chinese. I'm Malaysian". Wahh gempak gila tak jawapan dia? Lepastu beliau mendapat tepukan yang gemuruh! Tabik springggg!

And actually ramai jugak non-muslim yang datang :)

Photobucket
Gimik


Yang gambar kat atas ni diorang berlakon. Yang pakai lambang Israel tu kira tentera Israel dan keliling depa tu rakyat Palestin. Kira selepas Israel berlaku kejam, rakyat Palestin bangkit and finally Palestin menang :)

Photobucket
'Itu Ini Begitu Begini' pun ada. Hehe


Mirwana tak ada la nak nyanyi lagu 'Itu Ini Begitu Begini' tu. Haha tak ada kena mengena.

Dan banyak lagi persembahan. Budak-budak sekolah menyanyi, syair and so on. Memang semangat betul masa ni. Bendera Palestin ada kat mana-mana je. Ada yang bawa bendera BESARRR! Dengan kata-kata semangat semua tu :) Aku ni pulak memang tak tahan bila dah semangat ni. Nak je aku jerit sekali. Tapi tak boleh la nak kuat sangat kan. Ini bukan dekat RPS yang boleh jerit sesuka hati. Haha. Ada lelaki, kena la beradab sikit. RPS tak apa, tak ada lelaki. Heee :P

Kesimpulannya, GMJ memang best! Aku belajar, kita nak selamatkan Palestin bukan sebab ada orang Islam kat sana tapi ni semua tentang isu kemanusiaan. Bukan orang Islam je yang tinggal kat Palestin. Ada juga Kristian dan Yahudi.

NEGARA ISRAEL TAK WUJUD! Tanah tu hak orang Palestin! Kita semua sepatutnya support benda-benda macamni, tak kira bangsa atau agama. Don't be RACIST!

Itu sahaja untuk kali ini. Wassalam. Peace no war!

/Gambar-gambar dicilok dari Pertubuhan IKRAM Malaysia. Harharhar


*aku nak beli scarf Palestin tu tapi tiba-tiba menggedik tak nak beli -.- *